Sekiranya anda berminat utk merasa kek saya, bolehlah hubungi saya...

Sunday, April 10, 2011

TELUR OH TELUR...

Sekarang ni dah heboh pasal telur tiruan ni. Aku yang si pembuat kek risau jugak pasal benda ni, coz rata- rata semua kek yang aku buat guna telur. Zaman sekarang macam-macam benda org buleh buat utk cepat kaya. Tak kiralah walaupun terpaksa menggadai nyawa org. Nauzubillah...
Berbalik pada telur tadi, Benda ni diaorg baru dpt kesan kat penang je. Tapi tak mustahil sekejapan akan sampai kat sini. Diaorg kata dari segi luaran tak byk beza. Tapi rata2 telur yang asli ni kalau beli mesti ada taik ayam( Tension aku..)Kalau bab bau, telur biasanya mesti hanyir. Telur tiruan agaknya takde bau apa2 kot.Telur ni di buat dari negara China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi  bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari. Meh kita tgk info pasal telur tiruan ni



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.




Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.




Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.




Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.




Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.



Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.




Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.




Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.




Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.




Ini cara mengenalpasti sebelum membeli: Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.

NOTA KAKI:Jadi langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam.

No comments:

Post a Comment