Sekiranya anda berminat utk merasa kek saya, bolehlah hubungi saya...

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Selamat hari raya aidilfitri saya keluarga ucapkan pada semua. Maaf zahir dan batin...
Raya ni aku balik kampung coz kebetulan offday masa raya pertama tu. Dptlah aku  sambut raya kat kg. Pertama kali raya ngan mak baru.. Mcm2 di masaknye. Ada ayam rendang, ayam masala, daging kari,daging rendang, ketupat. Semua dia masak sorang.Aku sampai kg pun mlm raya coz jalan jem teruk.. Aku blk ngan anak2 je sbb husben kj ptg dan keje pagi raya.. Aku drive sendiri jelah bwk anak2 aku yg bertiga tu..
Gambar yg sempat aku amik masa raya pertama...

Ayah dan mak baru aku..hehe..

Aku dan anak-anak...

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri...

Lagi Tempahan kek orang....

Dalam aku sibuk menguruskan si kecik dan membuat persiapan raya, sempat lagi aku menggodek kek yang org order..Bkn apa, itu rezeki semunya..Tapi ada jgk yg aku tak sempat nak buat dan aku ckp lepas rayalah.. Sori ye..Bkn taknak buat tapi tak cukup masa.. ok, bwh ni kek yang di oder oleh nadia utk di bwk blk kg. Dia cuti raya so dia order brownis chis ngan snow chis. Mak dia berkenan yg snow chis tu, dan dia mintak tulis ckit atas kek tu..


Brownis kukus
 
Snow Chis
 Anyway thanks nadia.. Selamat hari raya di ucapkan utk awak sekeluarga.. Dan dibwh ni pandan chiskek yg diorder oleh kak azlina. Dia teringin nak rasa kek ni. Dia pun nk bwk blk kg jgk utk raya. Trima kasih diucapkan.. Selamat merasa.. hehe...
 Yg nie 3 bekas kek batik yang di oder oleh org kampung aku. Mak aku jd org tengah. Aku buat masa blk kj pagi dan nak bwk blk esok..

Wednesday, August 24, 2011

Perubahan harga kek...

Pengumuman utk kenkawan...

Disebabkan harga brg yg asyik naik tak henti2 ni, Saya dgn separuh hati terpaksalah menaik sedikit harga kek kita. Brg2 kek kat bakery pun semua naik harga. Baru 2 bulan tak pegi beli..huhu..Tapi harga kek saya masih berpatutan. Kuantiti pun tak berkurangan. Harga kek dah di updet pada gambar2 kek itu.. Minta maaflah ye...

Kek pertama lepas bersalin

Blueberry Snow Chis...
Bahagian Ibu

Bahagian Mira
Kek yg pertama aku buat selepas branak yg di oder oleh Mira. Dia nak separuh tapi aku tak buat. Aku ckp cuba cari sapa yg nak kongsi separuh lagi. Dan ibu bermurah hati utk kongsi.. Aku buat masa hbs kj pg dan dah deliver pada tuannyer masa nak nk masuk keje mlm. Thanks mira dan ibu.. Selamat merasa..

Mohd Aryan Khalish....

Salam semua....
Huhu.. lama betul aku tak hupdet blog. La ni baru ada kesempatan nak buat. Lepas bersalin langsung tak dpt nk n3 crita baru. Yelah kat umah mana ada laptop. Harap guna komputer org je... Sian aku. Bila dah naik keje baru dpt hupdet. Ok, ni kita nk crita....
Tanggal 22/6 pukul 5 ptg lahirlah insan yang aku kandung selama sembilan bulan tu.(perghh..berbunge ayat) 21hb aku keje lagi mlmnye.Pukul 7 pagi esoknye aku dah kluar tanda ckit, tapi tak sakit lagi.
Balik keje dgn tak mandi, tak mkn, tak tido aku pegilah spital seremban. Aku nak check je klu pintu dah bukak. Aku agak2 mungkin dh bukak 2cm. Bila sampai turn aku dlm pukul 1:30 doktor check rupanye pintu dh buka 4cm. Dia kata aku kena masuk laber room terus. Tekejut jgk aku. Yelah walau dh nk masuk anak 3 takut jgk beb.. Pukul 2 aku masuk bilik besalin, diaorg check jantung baby. Bila pintu dh bukak 6cm aku masih tak sakit sgt lg. Doc pun hairan jgk tgk aku relek je.. Buleh lagi senyum2.. Bila doc pecahkan air ketuban dlm pukul 3:45 baru aku rasa sakit. Diaorg suruh aku push.Sempat lagi aku gelak2 sbb aku  nie nafas pendek lepas tu tak reti nk push panjang2.. Doc pun bisinglah kat aku. Org lain muka herot2 tahan sakit aku sempat lagi nak gelak2.. Yelah, takkan aku nak jerit2 nangis pulak. Husben tak masuk teman aku besalin sbb dia takut.. Ngelat dia.. Lepas berhempas pulas tepat jam 5 keluarlah seorang bby boy. Berat 3.65kg Alhamdulillah... Dapat jgk aku baby  lelaki dan aku namakan dia MOHD ARYAN KHALISH...
Khalish selapas 12jam dilahirkan.. Mulut ngan dagu sebijik mcm suami.
 Aku pantang kat kg. Mak baru aku jaga.. hehe.. Best dia jaga aku. Semua dah siap sedia dibuatnye.. Dia pun pandai urut org besalin. So senanglah aku.. Dia jaga aku mcm anak dia sendirik.. 2 minggu jgk aku dok sana. Khalish pun alhamdulillah anak yg baik. Tak byk ragam.. Baik je dia.. Kuning  takde. Besalin pun senang.. Mungkin hikmah aku bejalan jauh hari2 dari paking nk ke terminal lcct tu utk dtg keje.. 15 minit u aku jln.. Sampai bengkak2 kaki.. Aku gagahkan jgk dtg keje bwk sendiri keta..  Tu yang pintu rahim bukak terus smpai 4cm walaupun tak sakit..
Khalish berusia 3 hari..
Hero malaya... hehe


Khalish dan Kak ngah..

Khalish dah 2 bulan skarang..
Sekejap je dah hbs cuti bersalin. Dah naik keje balik.. Rasa sedih pulak nk tinggalkan si kecik ni. Mak aku nak jaga dia, tapi aku masih fikirkan lagi.. Tgklah nanti mcm mana..
 

Puding Tembikai...

Ok kita crita pasal masak pulak.. Puding ni aku buat 3 hr lepas utk buka puasa.. First time buat.Resepi aku cedok kat umah k.nor kot. Dah tak ingat.. Yelah baru branaklah katakan. Urat byk putus. hehe..
sedap jugak.Tapi husben tak berapa suka. Rasa mcm susu baby katanye..Sabar jelah...