Sekiranya anda berminat utk merasa kek saya, bolehlah hubungi saya...

Friday, January 27, 2012

Salam Semua...


Alhamdulillah, rezeki murah bulan nie. Ramai yang order kek aku berpuas hati ngan rasanye. Trima kasih pada anda yg menyokong saya..(mukadimah...tak tahan..hehe). Bwh ni kek yang dioder oleh adik aku utk sambut befday husben dia( order air liuq je..adik beradiklah katakan...) Aku buat Chocolate Indulgence, hias simple2 je.Kek tu besar, tak hbs dia mkn berdua so dia bwk pg kerja..sekejap licin..
dia msg semua kata sedap..Trima kasihlah.. Leh order next time..hehehe

Bwh ni pulak Bronis kukus + toping ganache + Strawbery Fresh order dari Aizam utk sambut Anniversary yg ke5 ngan encik husben semalam.. Mintak letak strawbery sbb anak2 suka. Keliling aku letakkan.. Anyway thanks aizam..


Bwh ni pulak lagi Snowchis order dari Kak Nani kongsi ngan Shoba. Ni pun yg kedua kali order dari Shoba dan first time dari Kak Nani.. Trima kasih diucapkan..


Monday, January 23, 2012

Order lagi..

Red Velvet pertama kali di oder oleh Sabrina kekasih lama..hehe.. Just utk makan2 katanya. Aku tak sihat sebenarnya masa menyiapkan kek ni. Tapi kugagahkan jgk sbb dah janji. Alhamdulillah berjalan lancar.. Thanks Sab..Muge puas hati..

Kek karamel repeat order dari ibu Ramliah. Dah 3 kali rasanya ibu order kek ni coz dia cukup bekenan dan anaknya pun suka. Mula janji nak bagi 23hb tapi ibu nak awal ckit sbb tak saba nak mkn..hehe. Anyway thanks ibu.. Klu rasa tak leh nak lena tido leh order kek ni..Ahaaakss...

Yang ni pulak order dari Azian nak bwk balik kg. First time jgk yan order.. Anyway thanks Yan..

Snow chis(separuh) yang sebenarnya ada 4 aku buat. Satu utk Kak Hasiah, satu tuk Kak Farid, satu Tik amik dan lagi satu, aku buat utk adik aku. Tapi dia lambat amik aku yang bedal..Ahaaakss..

Sunday, January 15, 2012

Persona Lapis Cheese..

Kek yang pertama kali dioder oleh geng Airside yg diketuai oleh suami aku. hehe.. utk sambut befday Tisi. Mereka selebret di airside dan Tisi pilih nak kek ni. Aku handover di tepi sic. Tisi msg kata kek ni sedap dan dah sampai ke aoc dia bagi rasa. Thanks Tisi.. Len kali leh order lagi..hehe

Order dari geng LCCT..

Salam semua... Kat atas ni pandan chiskek yang dioder oleh Loqman utk sambut befday wife dia(bagusnye suami..hehe). Kek yg sama dioder oleh kak Ija hari tu yg tak jadi..huhu. Nasib baik kali ni dia tak buat hal. Klu tak kempunan Loqman nak mkn pandan chiskek..hehehe. Loqman mintak tulis ckit atasnye. Aku just hias ckit2 je ngan freshcream. Byk2 takut penyek pulak, sbb kek ni lembut sgt. Anyway thanks man...



Yang ni pulak bronis kukus dan persona lapis chis yg diorder Kak syam share ngan Aya ngan Kak Ani.m. Kak syam mintak tlg kerat tapi senget ckit yg persona tu. Sorilah ye..hehe. TQVM Kak syam..

2 kek yang dioder oleh jiran kak Fiza hasil dari promot Kak fiza jgk. Bila kak Fiza bagi rasa terus dia nak order sbb anak2nya suka katanya.. Thanks kak fiza diatas kepromotanmu itu..hehe.. thanks jgk utk jiran itu..

Saturday, January 7, 2012

Athirah dah darjah satu...

Sekejap tol masa berlalu. Rasanye baru semalam melahirkan anak aku yang sulung ni. Dah 7 tahun umur dia skarang. Kesan luka beranakkan dia pun tak ilang lagi. 3hb hari tu aku pg daftar utk masuk darjah satu kat sekolah LBJ. Dia nak skolah kat Klia sbb kwn2 smartreader dia sume skolah kat situ,tapi aku kata tak larat nak ulang alik jemput dia coz jauh dari umah. Jadi aku daftarkan jelah kat skolah LBJ ni. Aku sebenarnya takut jgk nak lepas kan dia kat skolah tu. Yelah dahlah skolah nye besar lepas tu sume kena buat sendiri. Cikgu bknnye nak ngadap sume murid coz bebudak ramai. So mcm2 aku pesan kat dia.. Jgn merayau-rayau, pegi toilet ajak kwn, jgn ikut kenkawan pegi jejauh..huhu.. risau tol aku dibuatnye. Dan pesanan hikmat aku klu org pijak kasut, pijak kasut dia balik..hehe(Mithali tak ibu dia..)yelah, tiap kali balik skolah mesti kasut dia mcm belacan. Penat den basuh.. Kat kantin pun org dok tolak2 dia. Bebudak laki lah yg suka buat onar aku tgk. Goram den raso.. Yelah first time anak darjah satu. Risau lebih.. 3 hari aku dok moniter dia kat skolah tu, mmg penat rasanye.. Gambar yang sempat aku amik..







Sempat posing dalam kelas..
Nak pegi kelas agama..


Kek Birthday


Ini dua kek befday yang di order oleh adik kak Ija. Kek coklat moist ngan snowchis. Sebenarnya kak ija nak pandan chiskek, tapi tak taulah apa yang tak kena kek tu buat hal pulak. Aku bakar kat dua jam tak masak-masak. Heran tol aku. Langsung aku msg kak ija leh tak tukar ngan snowchis coz barang2 utk buat yg lain pandan chiskek tak cukup. nasib baik kak ija kata ok. teruslah aku menggodek buat snowchis pulak.. Aku hias sikit-sikit je coz aku mmg tak blajar lagi bab2 buttercream ni. Itupun aku ikut kepala aku je.. Kek coklat moist adik kak ija nak letak gmbr upin ipin. Gmbar dia besar tu je aku jumpa.. Anyway thanks kak ija. Muge puas hati ye..

Monday, January 2, 2012

Kek Karamel..

Kek yang di order olek Kak Azlina Tg kongsi ngan Yang. Thanks diucapkan.
Yang ni pulak repeat order dari Ibu Ramliah kongsi jgk ngan Zira. trima kasih jgk diucapkan
Yang ni aku buat utk bwk bawak blk kg sabtu lepas. Sepupu kawin, so aku buat nak bagi kat makngah aku. Saja buat mkn2..